Pink Transparent Star

Ahad, 19 Mei 2013

Kasih Ibu

Assalamualaikum reader semua . hmm . Harini yana rasa sedih sangat . Siapa yang tengok Melodi Tv3 tadi mesti tau kenape kan ? Tak sangka hanya kerana seorang wanita yang belum sah menjadi yang halal , seorang anak sanggup mengatakan mak dia yang jahat. Sedangkan semua orang sedia maklum bahawa sejahat-jahat mane pun ibu kita , kita takde hak nak marah dia apatah lagi membuat dia sedih .

HM , orangnya kacak , nampak baik tetapi tu la . Maknya kata , selepas dia memasuki bidang hiburan , sikapnya berubah. Sumpah ! rasa takut sangat bila mak dia kata "balasan Allah tu sentiasa ada" <lebih kurang macamtu la> Astaghfirullah al-azim . Betapa sakitnya hati ibu dia bila kasih yang diberi selama ini hilang begitu saja dari hati anaknya hanya kerana seorang wanita . Yana takpaham laa . Kenapa HM lebihkan wanita itu , yang baru dia kenal lebih daripada ibu dia yang dari dalam perut mengenali dia ?

Mak yana kata , kalau betul perempuan tu baik , dia takkan gunakan duit orang lelaki sampai beribu-ribu , rosakan hubungan keluarga orang terutama sekali anak dengan mak , and kalau betul dia baik , dia takkan ganggu keluarga HM apabila dia tau mak Hafiz Muiz tak suka dia . Dia akan minta maaf kalau betul dia respect orang tua . tapi tengok la . Dia balas balik . Tunjukkan bukti macam-macam . Ntah la . 

Sedih bila ingat balik . Agak-agak bila HM jatuh or tak laku , adakah pompuan tu nak lagi kat dia? Jangan pulak masa tu sibuk cari mak balik . pegi la kat pompuan tu . And jangan pulak bila mak dah takde , baru sibuk nak nangis , menyesal , teriak sana sini kata ampunkan saya mak , ampunkan saya ! pegi la minta ampun kat pompuan tu . kata ayah sedara yana , walau sejahat mana ibu bapa kita , mereka tetap ibubapa kita . Ingat , ibubapa kita cuma satu , takde ganti. 

Dia kena paham , mak dia check account dia sebab dia nak pastikan anak dia tak boros . ada simpanan bila susah nanty . tapi anak dia melenting kata maknya takde hak nak check . dia kata mak dia nak duit dia saja . Hoi ! lupa ke masa kau sekolah , mak kau kasi je duit kan ? Salah ke mak kau nak merasa duit anak dia? kau penah kira tak berapa banyak hutang kau dari dalam rahim sampai la kau berjaya sekarang ni dgn mak kau? tak terkira okay ?! Pastu ada hati kata Sayang mak . Puihh . Kalau pompuan tu mintak , kau kasi pula ? kau tau tak dapat pahala senangkan hidup ibubapa kita? kau kasi pompuan tu , kau dapat ape? cinta ? ahaha . Bla la weyh . takde berkat restu , tak sampai kemana pun .

Nauzubillahminzalik . Moga-moga kita terhindar dari menjadi anak derhaka . kalau aku jadi dia , kalau mak aku tak suka dia , aku tinggalkan je . sebab mereka lebih tau apa yang terbaik untuk kita . Biarlah . kita tunggu dan lihat apa akan jadi pada orang-orang sebegini rupa . moga kita sentiasa dalam kasih sayang , rahmat , keampunan serta perlindungan dari-Nya . -amin-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan